Home Nasional RM 32.8 juta setiap tahun bagi selenggara Pan Borneo
Nasional

RM 32.8 juta setiap tahun bagi selenggara Pan Borneo

RM 32.8 juta setiap tahun bagi selenggara Pan Borneo

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 17 Julai-RM32.8 juta diperuntuk Kementerian Kerja Raya (KKR) setiap tahun; bertujuan melaksanakan penyenggaraan di sepanjang Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, untuk itu, kementeriannya melantik syarikat konsesi melalui perjanjian penswastaan bagi melaksanakannya.

Ini termasuk kerja–kerja penyenggaraan Berkala Pavemen dan Bukan Pavemen serta Kerja Kecemasan dari semasa ke semasa.

\”Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah skop Kerja Penyenggaraan Rutin, pihak konsesi yang dilantik perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin Jalan Persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu.

\”Ini adalah untuk memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan seperti jalan berlubang, kerja tampalan lubang hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selaras dengan dasar KKR yang melancarkan dasar sifar lubang atau ‘zero pothole’ di Jalan Persekutuan seluruh negara\”, katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Seratok, Datuk Ali Biju yang bertanyakan mengenai pengendalian lebuh raya serta penyelenggaraan jalan bagi Lebuh Raya Pan-Borneo.

Tambahnya, KKR juga akan menyenaraikan program penyenggaraan turapan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi kelulusan peruntukan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...