Home Nasional 110,000 orang telah dikesan menerusi Banci Pertanian 2024
Nasional

110,000 orang telah dikesan menerusi Banci Pertanian 2024

ALOR GAJAH, 17 Julai-Seramai 110,000 orang telah dibanci di seluruh negara melalui Banci Pertanian 2024, sejak dilancarkan 7 Julai lalu.

Bancian yang dijalankan Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu, bagi menghasilkan penanda aras baharu dalam mewujudkan pangkalan data yang komprehensif dan boleh dipercayai.

Ketua Perangkawan DOSM, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, semua petani atau pengusaha produk pertanian diminta memberi laporan yang jitu dan tepat.

Katanya, ia bagi membolehkan pembangunan sektor pertanian itu berteraskan keadaan sebenar di lapangan termasuk dari segi saiz tanah, guna tanah dan sebagainya.

\” kita ingin kerjasma daripada semua pihak dan kita telahpun mengerakkan agensi-agensi yang mana kolaborasi yang erat dengan kerajaan negeri dan agensi-agensi perkembangan pertanian sama ada jabatan pertanian, Jabatan Veterinar, Lembaga Pertumbuhan Peladang apa juga agensi yang ada di bawah dan juga dan juga ketua-ketua komuniti dan juga dan persatuan-persatuan berkaitan dengan pertanian dan pengusaha maknanya dengan adanya komitmen bersama pemilik utk menjayakan pertanian itu\”, katanya demikian etika ditemui pemberita pada Bancian Pertanian di Ladang Nenas di sini.

Banci Pertanian 2024 akan dijalankan selama tiga bulan sehingga Oktober.

Liputan banci merangkumi empat subsektor iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Akuakultur dan Perhutanan dan Pembalakan

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...