Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Nasional

Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya

Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak menunjukkan penyusutan baki simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya iaitu masing-masing 15.20 peratus dan 19.54 peratus, setakat 15 Julai.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran iaitu kurang daripada 59.99 peratus.

\”Memetik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), agensi itu memaklumkan lima empangan berkenaan ialah Empangan Malut dan Empangan Pedu di Kedah, masing-masing sebanyak 37.10 peratus dan 48.10 peratus; Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Hitam, Pulau Pinang masing-masing sebanyak 35 peratus dan 51.30 peratus serta Empangan Timah Tasoh, Perlis dengan 42.60 peratus,\” menurut NADMA menerusi kenyataan.

Rekod bagi bacaan paras bahaya adalah baki storan 29.99 peratus dan ke bawah, 30 peratus hingga 59.99 peratus (amaran) serta 60 peratus dan ke atas (normal).

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...