Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Kementerian Komunikasi komited tangani gejala buli siber
Nasional

Kementerian Komunikasi komited tangani gejala buli siber

Kementerian Komunikasi komited tangani gejala buli siber

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Kementerian Komunikasi sentiasa komited dalam menangani insiden buli siber yang sedang berleluasa hari ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzilperbincangan bersama Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Digital sedang giat dilaksanakan.

Mesyuarat itu membincangkan aspek kawal selia, aspek penguatkuasaan dan aspek undang-undang yang melibatkan kes-kes di Mahkamah serta meneliti penggubalan keperluan menggubal undang-undang yang baharu.

\”Namun secara umum boleh saya Seksyen 503 dan 509 Kanun Keseksaan atau Akta 574 yakni kesalahan menakutkan secara jenayah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 yakni penggunan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain adalah contoh peruntukan sedia ada yang boleh diguna pakai bagi menangani kesalahan berkaitan buli siber begrantung pada bentuk buli yang dilakukan,\”katanya.

Menteri itu menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat hari ini .

Sementara itu, Fahmi turut mengingatkan, sikap bertanggungjawab dalam melayari media sosial harus diterapkan dalam setiap pengguna siber.

Beliau berkata tiada individu yang terkecuali termasuk mana-mana ahli parlimen yang turut menjadi mangsa buli siber akan dipantau oleh Kementeriannya.

\”Saya maklumkan pihak MCMC dan PDRM mendapat kerjasama untuk mengenal pasti mereka yang meletakkkan komen terutama dalam sesi siaran langsung.

\”Suka saya ingatkan keputusan pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2021 berkaitan komen pembaca dalam portal, ini keputusan mahkamah persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab terhadap komen-komen yang dimuat naik. Jadi saya sarankan supaya kita sentiasa berhati-hati dengan komen yang dimuat naik,\”katanya.

Tambah Fahmi, pihaknya juga sedang memantau isu kawalan kandungan mengikut waktu yang bersesuaian dalam mana-mana platform media sosial berdasarkan aduan orang ramai.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...