Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan Negeri Sembilan dikuat kuasa Januari depan
Nasional

Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan Negeri Sembilan dikuat kuasa Januari depan

Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan Negeri Sembilan dikuat kuasa Januari depan

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar

SEREMBAN, 18 Julai- Garis Panduan Perancangan (GPP) tapak perkhemahan Negeri Sembilan akan dikuatkuasakan bermula Januari tahun hadapan.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J.Arul Kumar, GPP itu merangkumi perancangan tapak perkhemahan, mekanisme pemajuan dan kawal selia serta pengurusan operasi tapak perkhemahan.

Ia akan dikuat kuasa ke atas pengoperasian tapak perkhemahan baharu dan sedia ada.

\”GPP tapak perkhemahan ini di Negeri Smebilan adalah untuk memastikan setiap tapak perkhemahan beroperasi dengan selamat supaya tidak ada insiden yang membahayakan pengunjung seperti mana yang berlaku di Batang Kali setahun lalu malah di Negeri Sembilan juga ada beberapa insiden telah berlaku,\”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Seremban.

GPP itu menggariskan beberapa elemen penting iaitu kesesuaian lokasi dan tapak, zon guna tanah yang dibenarkan, peletakan plot khemah, penyediaan kemudahan asas dan penyediaan utiliti.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...