Saturday , 21 December 2024
Home Nasional NRES sedia adakan perbincangan dengan kerajaan negeri tambah fasiliti pengurusan sisa
Nasional

NRES sedia adakan perbincangan dengan kerajaan negeri tambah fasiliti pengurusan sisa

NRES sedia adakan perbincangan dengan kerajaan negeri tambah fasiliti pengurusan sisa

Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana kerajaan negeri bagi menambah fasiliti utama untuk merawat dan melupuskan buangan terjadual.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu adalah usaha untuk memastikan kualiti atau pengurusan sisa berada pada tahap terbaik sekali gus boleh dimanfaatkan oleh pelbagai industri di negeri masing-masing seperti Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

\”Sememangnya kerajaan, ada tiga tapak pelupusan sampah sekarang di seluruh negara dan kita tahu bahawa ia tidak cukup untuk menampung industri baharu. Risikonya kita sedia maklum, kalau tapak pelupusan sampah terletak terlalu jauh, maka ada risiko yang akan membuang (buangan terjadual) di tempat tidak sepatutnya.

\”Jadi saya bersedia berbincang dengan mana-mana kerajaan negeri seperti Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang dalam hal ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail berkenaan cadangan kementerian itu untuk menambah tapak pelupusan sisa pepejal.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...