Home Nasional Polis Gombak lupus barang kes bernilai RM1.31 juta
Nasional

Polis Gombak lupus barang kes bernilai RM1.31 juta

Polis Gombak lupus barang kes bernilai RM1.31 juta

Foto Fail

GOMBAK, 19 Julai– Polis Gombak melupuskan pelbagai barangkes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, minuman keras, rokok dan mesin bitcoinbernilai kira-kira RM1.31 juta.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ia termasuk 183,111 barang kes membabitkan 896 kertas siasatan sejak 2020 sehingga tahun ini, dilupuskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan nilai pelupusan dianggarkan RM1.2 juta.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Gombakpula melupuskan100 barang kes yang membabitkan 16 kertas siasatan sejak 2015 sehingga tahun ini dengan nilainya dianggarkan RM110,000.

“Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 2,650 set komputer, telefon bimbit, router, kertas loteri, mesin cetak, kalkulator, daun terup, meja dan pen manakala bagi barang kes bitcoin terdiri daripada 316 mesin mining bitcoin, set komputer, komputer riba, ‘router’ dan kabel.

“Barangan kontraban pula terdiri daripada 112,730 kotak pelbagai jenama rokok, 54,180 tin pelbagai jenama minuman keras dan 9,940 botol pelbagai jenama minuman keras yang tidak bercukai,” katanya pada sidang media majlis pelupusan barang kes perdana 2024 peringkat IPD Gombak, di sini hari ini.

Noor Ariffin berkata semua barang kes akan dilupuskan dengan kaedah E-Waste dan musnah seperti tanam, bakar dan buang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....