Home Nasional ILP Kangar berjaya laksana Program Rintis TVET Tahfiz
Nasional

ILP Kangar berjaya laksana Program Rintis TVET Tahfiz

ILP Kangar berjaya laksana Program Rintis TVET Tahfiz

Foto ILP Kangar

KANGAR, 19 Julai– Seramai 14 pelajar tahfiz dan aliran agama yang mengikut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selama tiga bulan bermula sejak 22 April lalu di Institut Latihan Perindustrian (ILP) berjaya menamatkan latihan disediakan pada 18 Julai 2024.

Program rintis itu melibatkan pelajar dari empat buah Maahad Tahfiz dan dua buah sekolah aliran agama melibatkan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

Menurut Pengerusi Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Zon Utara, Zulkifle Omar berkata program tersebut bertujuan untuk memberi peluang dan membantu pelajar tahfiz mendapatkan latihan kemahiran yang sistematik melalui Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan dan secara langsung memperkasakan mereka dengan ilmu TVET.

\”Kejayaan program rintis ini diharapkan dapat menjadi titik mula untuk ILP Kangar mengorak langkah seterusnya bagi memperkasakan lebih ramai pelajar-pelajar tahfiz di negeri Perlis dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang TVET ini,\” kata Zulkifle kepada pemberita pada Majlis Graduasi Program Tahfiz TVET di ILP Kangar.

Sementara itu, Pengarah ILP Kangar, Mohd Yusri Mohd Rahim menyasarkan lebih ramai graduan bagi program TVET bakal dilahirkan dengan kerjasama yang erat antara agensi-agensi di Perlis berkenaan serta pusat-pusat tahfiz yang ada pada masa akan datang melalui promosi secara menyeluruh.

Bagi merealisasikan program tersebut, Jabatan Tenaga Manusia memperuntukkan RM3,400 untuk setiap pelajar bagi tempoh tiga bulan latihan melibatkan bahan latihan, makan minum, penginapan serta elaun kepada kesemua pelajar selain tajaan bagi bayaran pendaftran yang disalurkan untuk keperluan peribadi pelajar sebanyak RM200 untuk setiap pelajar daripada pihak FCoEE.

Program dilaksanakan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar dengan kerjasama Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Perlis (JAIPS).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....