Thursday , 26 December 2024
Home Nasional Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong kukuhkan kesetiaan rakyat kepada Raja Berperlembagaan
Nasional

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong kukuhkan kesetiaan rakyat kepada Raja Berperlembagaan

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong kukuhkan kesetiaan rakyat kepada Raja Berperlembagaan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di Masjid Negara di sini, hari ini/ Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Julai– Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung esok amat penting dalam mengukuhkan kesetiaan rakyat kepada sistem yang telah lama diamalkan di negara ini iaitu sistem Raja Berperlembagaan.

Khutbah Jumaat khas sempena istiadat pertabalan bertajuk “Raja Ditaati, Negara Dirahmati” menyebut istiadat esok sangat signifikan kerana ia menjulang tinggi darjat Seri Paduka Baginda sebagai payung negara.

Bacaan Khutbah Jumaat Khas tersebut disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

\”Seri Paduka Baginda turut melafazkan ikrar untuk memelihara kesucian agama Islam sesuai dengan bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

\”Hubungan raja dan rakyat diibaratkan seperti pohon pokok iaitu raja umpama pohon dan rakyat sebagai akarnya. Sudah tentulah pohon tidak berupaya hidup tanpa akar yang kuat dan akar pula sangat perlukan pohon yang hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik.

\”Inilah disebut sebagai hubungan simbiosis yang menunjukkan raja memerlukan rakyat dan rakyat juga memerlukan raja sebagai tempat berlindung,\” menurut khutbah itu.

Umat Islam juga diseru supaya menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dalam menunaikan taklifan (tanggungjawab) Seri Paduka Baginda yang sangat besar.

\”Sama-sama kita berdoa agar Istiadat Pertabalan yang bakal berlangsung esok berjalan dengan lancar dan dalam perlindungan Allah SWT, seterusnya kita panjatkan doa kesejahteraan, ‘afiyah (keselamatan) dan ‘inayah (pertolongan Allah) buat Seri Paduka Baginda dalam meneraju dan memimpin rakyat di negara ini menurut Perlembagaan dan panduan Islam yang ditetapkan,\” menurut khutbah itu.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di Masjid Negara di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim yang mengenakan baju Melayu Teluk Belanga rona biru Tiffany, iaitu warna kegemaran Seri Paduka Baginda, pada 1.10 tengah hari disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Menteri Komunikasi Fadmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Related Articles

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Nasional

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Foto Ihsan JBPM PerakMANJUNG, 26 Disember– Dua maut manakala empat lagi cedera...

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak
Nasional

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Foto HiasanLABUAN, 26 Disember– Kerosakan penapis kotoran kasar (band screen) pada Sistem...

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

PPS di PahangLIPIS, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat...

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau barat Kazakhstan/ AFPKUALA...