Home Nasional Gangguan siber global: MAHB sahkan operasinya tidak terjejas
Nasional

Gangguan siber global: MAHB sahkan operasinya tidak terjejas

Gangguan siber global: MAHB sahkan operasinya tidak terjejas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan operasinya tidak terjejas oleh gangguan siber global yang dialami pelbagai sektor utama di beberapa negara.

Insiden itu mengakibatkan gangguan perjalanan di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia memaklumkan, pihaknya berdepan gangguan sistem dalaman.

Bagaimanapun, tiada penerbangan dibatalkan.

Malaysia Airlines juga beroperasi seperti biasa, namun penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global, mungkin menjejaskan penerbangan syarikat tersebut.

Gangguan IT skala besar ini menyebabkan operasi institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas.

Gangguan tersebut dikaitkan dengan firma teknologi keselamatan siber globalCrowdstrike yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...