Home Nasional Raptai Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 berjalan lancar
Nasional

Raptai Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 berjalan lancar

Raptai Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 berjalan lancar

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Raptai penuh sambutan majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang akan berlangsung di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor pada Ahad nanti, berjalan lancar petang tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, raptai hari ini menunjukkan persiapan hampir 50 peratus telah sedia untuk pelancaran.

Datuk Mohamad Fauzi berkata persiapan majlis yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan lancar dan mendapat kerjasama serta komitmen daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan negeri.

Beliau berkata, semua program dan aktiviti diadakan pada majlis berkenaan berkonsepkan karnival rakyat bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

\”Selain daripada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, ada beberapa acara lagi yang baru diperkenalkan tahun ini, sebagai contohnya, kita ada bicara berirama. Dalam segmen ini, ia lebih kurang \’choral speakin\’g. Kita akan memperkatakan tentang insiatif Kerajaan MADANI dan dasar-dasar utama yang dibuat oleh kerajaan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat,\”katanya.

Datuk Mohamad Fauzi menyatakannya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai penuh sambutan majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan lebih lima ribu pengunjung yang akan menghadiri sambutan kali ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....