Home Nasional NACSA pantau rapat isu gangguan siber global
Nasional

NACSA pantau rapat isu gangguan siber global

NACSA pantau rapat isu gangguan siber global

FOTO FB National Cyber Security Agency, Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Gangguan siber global yang menjejaskan pengguna Microsoft di beberapa negara bukan satu bentuk serangan siber.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menegaskan insiden itu berkaitan dengan isu keselamatan siber.

Ketua Eksekutifnya, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, Malaysia tidak terkecuali menerima impak daripada gangguan skala besar itu.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan kelewatan dan cabaran operasi merentas pelbagai sektor, selain memberi kesan kepada perniagaan dan orang ramai.

\”Sebagai contoh, operasi syarikat penerbangan di Terminal 2, KLIA turut terjejas mengakibatkan daftar masuk secara manual dan masa menunggu lebih lama.

\”NACSA memantau rapat perkembangan terkini dan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menangani impak dan memastikan sektor terjejas kembali beroperasi seperti biasa,\”katanya.

Jelasnya, NASCA menyarankan orang ramai dan organisasi kekal waspada dan memantau sebarang pengumuman secara berterusan.

Pada masa sama, pastikan pemantauan dan pengurusan terhadap sebarang penyelesaian sementara bagi mengurangkan potensi risiko baharu.

NACSA sedang mendapatkan statistik lebih terperinci dan akan memaklumkan kemas kini selanjutnya.

Agensi itu kekal ​​komited untuk memastikan keselamatan dan daya tahan infrastruktur siber negara dan memberi sokongan kepada organisasi terjejas.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...