Home Nasional Operasi pembenihan awan di Bukit Merah 29-31 Julai
Nasional

Operasi pembenihan awan di Bukit Merah 29-31 Julai

Operasi pembenihan awan di Bukit Merah 29-31 Julai

Foto Hiasan/ BERNAMA

IPOH, 19 Julai- Operasi Pembenihan Awan (OPA) susulan cuaca kering dan penyusutan Empangan Kolam Bukit Merah akan dilaksanakan bermula 29 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata OPA akan dilakukan selama tiga hari berturut-turut.

\”OPA ini penting kerana selain air bagi kegunaan domestik, ia diperlukan untuk mengairi kawasan sawah di daerah Kerian yang terjejas berikutan paras air di Empangan Kolam Bukit Merah turun disebabkan cuaca panas,\” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih Tani di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan paras air Empangan Kolam Bukit Merah yang menjadi sumber utama air bagi kegunaan domestik dan pertanian terutama sawah padi di Kerian serta kegunaan perindustrian di Taiping semakin menyusut berpunca daripada cuaca panas.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian sebelum ini terpaksa menghentikan bekalan pengairan untuk kegunaan sektor pertanian disebabkan air di empangan berkenaan menyusut kepada paras 6.096 meter.

Sementara itu mengenai kejadian serangan tikus yang merosakkan tanaman kebanyakan pesawah di daerah Kerian, Mohd Zolkafly berkata pesawah perlu melakukan langkah pengawalan sebelum penanaman padi bagi mengelak serangan haiwan perosak berkenaan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...