Home Nasional Pemandu e-hailing hilang sejak minggu lepas ditemukan selamat di Klang
Nasional

Pemandu e-hailing hilang sejak minggu lepas ditemukan selamat di Klang

Pemandu e-hailing hilang sejak minggu lepas ditemukan selamat di Klang

Syahrul Asyraf tidak maklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tertekan disebabkan menghadapi masalah kewangan.

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sejak 12 Julai lepas ditemukan selamat di Pandamaran, Klang dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah berkenaan pada 5.40 petang.

\”Dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. Hasil temu bual awal pihak polis dapati lelaki berkenaan tidak maklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tertekan disebabkan menghadapi masalah kewangan dan pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohd Azam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kejadian Orang Hilang kira-kira 4.17 petang, Ahad lepas.

Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah pada 12 Julai.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...