Home Nasional Penempatan Israel di Palestin tidak sah – ICJ
Nasional

Penempatan Israel di Palestin tidak sah – ICJ

Penempatan Israel di Palestin tidak sah – ICJ

Foto AFP

PUTRAJAYA, 20 Julai- Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak kepada Palestin.

Keputusan mahkamah disampaikan melalui Pendapat Nasihat berkaitan dengan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki pada Jumaat.

Kementerian Luar berkata keputusan ICJ itu mengesahkan hujah perundangan Malaysia yang telah dibentangkanMenteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa di mahkamah berkenaan 22 Februari lepas.

\”Malaysia menggesa semua negara supaya mendesak Israel menerima dan mematuhi keputusan ICJ serta segera menghentikan segala sokongan mereka kepada Israel daripada meneruskan pendudukan haram di Palestin.

\”ICJ dengan majoriti yang amat besartelah memutuskan bahawa pendudukan Israel yang berterusan di wilayah Palestin yang didudukiadalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa dan harus dihentikan dengan segera.

\”Semua aktiviti pendudukan baharu harus ditamatkan dan segala kemusnahan diberi pampasan,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...