Home Nasional Hampir 6,000 kompaun merokok dikeluarkan KKM pada Jun
Nasional

Hampir 6,000 kompaun merokok dikeluarkan KKM pada Jun

Hampir 6,000 kompaun merokok dikeluarkan KKM pada Jun

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,951 kompaun bernilai RM1.47 juta sepanjang Jun atas kesalahan merokok.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, 13,163 notis kesalahan dikeluarkan daripada 25,924 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Muhammad Radzi berkata 3,218 kompaun dikeluarkan bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi bernilai RM1.6 juta dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

\”Sebanyak 606 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 64 kes telah disabitkan kesalahan dengan denda bernilai RM112,280,\” katanya.

Sementara itu sebanyak 6,824 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas, dengan 189 premis diarah tutup bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

\”Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai langkah bagi menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...