Home Nasional Remaja perempuan maut ketika mandi, memancing bersama keluarga
Nasional

Remaja perempuan maut ketika mandi, memancing bersama keluarga

Remaja perempuan maut ketika mandi, memancing bersama keluarga

Foto BBP Skudai

JOHOR BAHRU, 20 Julai- Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas lemas ketika mandi dan memancing bersama keluarganya di kawasan anak sungai berhampiran Taman Pulai Perdana, Skudai, Johor Bahru, petang semalam.

Insiden turut menyaksikan empat lagi adik-beradik mangsa nyaris lemas, namun sempat diselamatkan bapa mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan Dua, Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.38 minit petang.

\”Mayat mangsa ditemukan pada jarak empat meter dari kawasan tebing.

\”Terdapat bahagian lekuk di dalam anak sungai terbabit disyaki menjadi punca mangsa dan adik-beradik lain, tenggelam.

\”Pasukan penyelamat cuba memberikan rawatan CPR, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, mayat diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...