Home Nasional Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan Agong
Nasional

Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan Agong

Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan Agong

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Keakraban hubungan Malaysia dan Brunei terus terserlah dengan keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi ini.

Sultan Brunei yang baru sahaja menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 pada Isnin, berangkat tiba di Istana Negara bersama isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada pukul 9.34 pagi.

Turut berangkat ke istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu ialah Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, yang tiba pada pukul 9.25 pagi.

Keberangkatan tetamu diraja luar negara itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong bersama isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.

Sebaik tiba, kedua-dua tetamu diraja dibawa ke Peterana Diraja di Dataran Istana Negara untuk menerima Hormat Diraja dan diikuti lagu negara masing-masing.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Sheikh Hamad dijadual menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini yang diadakan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Istiadat pertabalan ini dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Anwar dan Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini serta pemimpin-pemimpin utama negara.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.- BERNAMA

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...