Home Nasional Sultan Ibrahim titah akan laksana tanggungjawab dengan adil, penuh timbang rasa
Nasional

Sultan Ibrahim titah akan laksana tanggungjawab dengan adil, penuh timbang rasa

Sultan Ibrahim titah akan laksana tanggungjawab dengan adil, penuh timbang rasa

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana memberi kepercayaan dan penghormatan kepada baginda memikul amanah dan tugas sebagai Ketua Negara.

Baginda bertitah akan melaksana tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas serta saksama dengan penuh timbang rasa kepada seluruh rakyat.

\”Insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.

\”Marilah kita berdoa kehadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur dan rakyat kekal hidup bersatu padu aman sentosa dan bahagia,\” titah Sultan Ibrahim bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara di sini.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepadaSultan Brunei,Sultan HassanalBolkiahserta Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifah yang terut berangkat ke Istiadat Pertabalan tersebut.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut bertitah agar Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha untuk mencari langkah terbaik dalam meringankan beban hidup rakyat.

Sekali gus membantu membangunkan negara dengan maju dan makmur.

\”Terima kasih kepada mamanda Perdana Menteri atas ucapan yang dizahirkan sebentar tadi.. saya harap kerajaan akan terus usaha untuk meringankan beban hidup rakyat dan membangunkan negara dengan maju dan makmur,\” titah baginda.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...