Friday , 27 December 2024
Home Nasional Kerajaan Perpaduan komited sahut titah Agong, pastikan negara terus membangun
Nasional

Kerajaan Perpaduan komited sahut titah Agong, pastikan negara terus membangun

Kerajaan Perpaduan komited sahut titah Agong, pastikan negara terus membangun

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Kerajaan Perpaduan komited menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk memastikan negara akan terus membangun dan meletakkan rakyat pada kehidupan lebih baik.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata keprihatinan Sultan Ibrahim memberi fokus kepada kos sara hidup rakyat.

\”Ini sudah pasti dekat di hati tuanku..bagi pihak kerajaan memang inilah perkara yang akan diutamakan.. dalam ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, ada di jelaskan, disebut bahawa setakat suku kedua tahun ini kita telah berjaya mendapat pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) 5.8 peratus dan jumlah pelaburanini perlu dirasai rakyat,\” kata Fahmi selepas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di sini.

Fahmi juga berkata penjawat awam termasuk RTM dan BERNAMA akan mendapat kenaikan gaji bermula 1 Disember ini.

\”Setakat ini, 400 syarikat telah berdaftar akan melaksanakan gaji progresif, insya-Allah.. dan pendapatan rakyat mula meningkat

\”Kita baca dalam sehari dua ini, pengeluar dan pengusaha tanaman sayuran, harga sayur akan turun, kita lihat bekalan ayam dan telur akan terus terkawal, tapi kita akan usahakan supaya rakyat dapat manfaat termasuk harga lagi murah menerusi progam-program dilaksana kerajaan,\” kata Fahmi.

Sementara itu, Menteri Digital, Gobind Singh Deo turut senada dengan pandangan yang diberi Menteri Komunikasi itu.

\”Memang kerajaan menyambut baik apa yang dinyatakan dalam titah baginda dan kita akan usaha secukup mana yang boleh dalam memastikan, apa yang disampaikan dapat kita capai dalam membawa Malaysia ke depan,\” kata Gobind.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata titah Sultan Ibrahim yang turut menekankan semangat bersatu padu dalam masyarakat dapat menjadikan rakyat lebih baik.

\”Ini membuktikan keprihatinan tuanku terhadap kebaikan negara dan kemajuan rakyat dalam semua bidang.. dan juga paling penting untuk memastikan keharmonian dan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia.

\”Nasihat tuanku tepat sekali dan sudah tentu sebagai anggota pentadbiran kita menyahut seruan itu dan membuat yang terbaik untuk memastikan negara ini terus membangun.. dan rakyat mempunyai kehidupan lebih baik,\” katanya.

Related Articles

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Nasional

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Foto Ihsan JBPM PerakMANJUNG, 26 Disember– Dua maut manakala empat lagi cedera...

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak
Nasional

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Foto HiasanLABUAN, 26 Disember– Kerosakan penapis kotoran kasar (band screen) pada Sistem...

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

PPS di PahangLIPIS, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat...

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau barat Kazakhstan/ AFPKUALA...