Saturday , 21 September 2024
Home Nasional 400 pelajar sertai Program Genius Hajj 2024
Nasional

400 pelajar sertai Program Genius Hajj 2024

400 pelajar sertai Program Genius Hajj 2024

Program Genius Hajj 2024 meriah dengan penyertaan 400 pelajar pelbagai peringkat umur

KANGAR, 20 Julai- Seramai 400 pelajar berusia antara 4 tahun hingga 17 tahun dari 30 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Perlis menjayakan Program Genius Hajj 2024.

Program kali ke-3 dilaksanakan Genius Aulad Kangar bagi merasai pengalaman suasana sebenar mengerjakan ibadah haji.

Menurut Pengarah Program Genius Hajj, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad, menerusi program berkenaan pelajar didedahkan mengenai suasana sebelum dan ketika menunaikan ibadah haji bagi memberi pengetahuan serta latihan praktikal kepada peserta.

Aktiviti yang berteraskan fardu ain itu termasuk menjalankan ibadah tawaf, berwukuf, mengutip batu dan melontar jamrah.

Program itu juga satu inisiatif bagi mengajar anak kecil mencintai Rukun Islam kelima pada usia yang masih muda danpetugas Lembaga Tabung Haji yang bertindak sebagai mutawif menjadi pemudah cara bagi membimbing setiap pelajar yang ada antaranya mereka kali pertama menyertai program sebegini.

Beliau memaklumkannya ketika ditemui media di Program Genius Hajj yang berlangsung di SK Sena,dirasmikan Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Program yang dilaksanakan Genius Aulad Kangar ini mendapatkan kerjasama Lembaga Tabung Haji, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Annura Clinic, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Pengurusan SK Sena dan pelbagai pihak lain yang turut tampil menjayakan program kali ini.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...