Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Kerajaan giat usaha perluas stesen pengecasan kenderaan elektrik di luar bandar
Nasional

Kerajaan giat usaha perluas stesen pengecasan kenderaan elektrik di luar bandar

Kerajaan giat usaha perluas stesen pengecasan kenderaan elektrik di luar bandar

Foto RTM

SHAH ALAM, 20 JULAI – Kerajaan sedang menggiatkan usaha untuk memperluas stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara khususnya di luar bandar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, langkah itu selari dengan sasaran sifar karbon menjelang 2050 dengan meningkatkan penggunaan EV.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau sendiri mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

\”Sebenarnya fokus kita salah satunya adalah untuk buka stesen pengecasan EV ke seluruh negara. Saya sendiri mempengerusikan jawatankuasa tersebut yang juga merupakan salah satu gerakan kita untuk memperluas stesen pengecasan EV bukan sahaja yang sekarang ini tertumpu di lebuh raya atau Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), tetapin juga di pusat beli belah dan bangunan pejabat serta kawasan luar bandar.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Penyelesaian Pembayaran Terbuka Kenderaan Elektrik JuiceUP di Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan juga menyokong pelaksanaan sistem penyelesaian pembayaran terbuka kenderaan elektrik (EV) yang dilancarkan buat julung kalinya untuk meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara.

Fadillah berkata sistem dibangunkan oleh syarikat pengurusan pengecas EV, JuiceUP EV Grid Sdn BhdJuiceUP itu membolehkan pengguna mengecas EV dengan kaedah pembayaran yang diterima secara meluas tanpa memerlukan sebarang aplikasi atau langganan.

Tambahnya, beliau yakin JuiceUP boleh menjadi pemain yang relevan dalam ekosistem mobiliti elektrik dan boleh menyokong agenda penggunaan EV di seluruh negara sekaligus memacu agenda peralihan tenaga Malaysia.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...