Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Tindakan Ahli Parlimen pembangkang baca Qunut Nazilah di Parlimen, cerminan amalan politik taksub, sempit
Nasional

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang baca Qunut Nazilah di Parlimen, cerminan amalan politik taksub, sempit

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang baca Qunut Nazilah di Parlimen, cerminan amalan politik taksub, sempit

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menyeru kepada semua ahli politik supaya sentiasa menunjukkan budi pekerti terpuji apabila berada di Parlimen yang mulia kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin menerusi satu kenyataan menjelaskan tindakan Ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini jelas menunjukkan amalan politik taksub, sempit dan melampau.

“Qunut Nazilah merupakan doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah besar sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa itu apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas para sahabat.

“Sedangkan bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini dibuat di luar solat, bukan ketika perang dan bukan juga kerana musibah yang menimpa umat Islam secara umum. Ia dibaca selepas keputusan menggantung seorang ahlinya, jadi jelas merupakan amalan melampau kerana perbezaan politik terus dijadikan asas untuk membacakan doa ini,” katanya.

Zamri berkata berdasarkan pengamalan Rasulullah SAW serta pandangan ulama dapat dilihat dengan jelas bahawa doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan murtad sahaja serta tidak ke atas sesama umat Islam.

Beliau turut menzahirkan rasa kecewa kerana perbuatan menggunakan agama dalam setiap kesempatan politik terus diamalkan di negara ini walaupun sudah ditegur dan diingatkan berulang kali oleh pihak berkuasa agama seperti mufti, ulama dan institusi diraja.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...