Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Program JIWA Komuniti MADANI, perkenal budaya India kepada masyarakat
Nasional

Program JIWA Komuniti MADANI, perkenal budaya India kepada masyarakat

Program JIWA Komuniti MADANI, perkenal budaya India kepada masyarakat

Antara aktiviti diadakan ialah mewarna, mengikat bunga serta membuat kolam.

GEORGE TOWN, 21 Julai- Program JIWA Komuniti MADANI menjadi platform bagi mengeratkan hubungan agensi kerajaan dan penduduk setempat.

Ini susulan kelainan yang dibawakan kali ini dengan memperkenalkan budaya kaum India kepada semua lapisan masyarakat.

Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Lim Miow Juang berkataprogram itu berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana kebiasaan ia diadakan di dewan, tetapi kali ini bertempat di kuil.

\”Ini membuktikan kesepaduan hidup masyarakat berbilang kaum..kita jugamahu mempromosikan konsep Malaysia MADANI kepada masyarakat.

\”Ini salah satu tempat yang kami rasa tempat yang kami boleh \’collect crowd\’, selain daripada kita buat di dewan besar… ini pun satu tempat yang sangat menarik, di mana kami kaum Cina jarang masuk ke kuil, jadi Program JIWA Komuniti MADANI menjadi platform kami mengenali budaya India,\” katanya kepada media selepas menghadiri Program JIWA Komuniti MADANI di Kuil Sri Ruthra Veeramuthu Maha Mariamman di sini.

Program dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang.

Pengerusi Kuil Sri Ruthra Veeramuthu Maha Mariamman, M. Krishnamurti berkata program itu disambut baik pihak KomunitiMADANI dan pihak kuil yang menyediakan tempat pelaksanaan program ini.

\”Kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Penerangan negeri untuk menjayakan program ini. Ia satu program yang bagus..dan saya melihat iamenyatupadukan penduduk berbilang kaum. Antara aktiviti diadakan ialah mewarna, mengikat bunga serta membuat kolam,\” katanya.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...