Home Nasional Kes demam denggi berkurangan, tiada kematian pada ME28
Nasional

Kes demam denggi berkurangan, tiada kematian pada ME28

Kes demam denggi berkurangan, tiada kematian pada ME28

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 21 Julai- Kes demam denggi berkurangan kepada 2,373 kes pada Minggu Epidemologi ke-28 (ME28) iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 Julai lepas berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya, dengan tiada kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kumulatif kes demam denggi hingga ME28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama pada 2023.

\”Terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh sama pada 2023,\” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME28 pula sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Daripada 100 lokaliti dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, masing-masing enam lokaliti di Negeri Sembilan dan Perak, enam lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat lokaliti di Kedah, dua lokaliti di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Sarawak dan Sabah.

Dr Muhammad Radzi berkata, bagi survelan chikungunya, terdapat tujuh kes direkodkan pada ME28 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 54 kes.

Bagi survelan zika pula, beliau berkata sebanyak 1,437 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cecair serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...