Home Nasional Raja Bahrain berangkat pulang hari ini
Nasional

Raja Bahrain berangkat pulang hari ini

Raja Bahrain berangkat pulang hari ini

Kepulangan Sheikh Hamad Isa Al khalifa (kiri) diiringi Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (kanan)

SEPANG, 21 Julai- Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa berangkat pulang menaiki pesawat khas pada pukul 12.00 tengah hari di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kepulangan baginda dan deligasinya turut diiringi oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

Turut hadir pada majlis keberangkatan pulang tersebut ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baginda diiringi kawalan kehormat dari Battalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Raja Azri Syahir Raja Zulkifli.

Sheikh Hamad berkenan hadir ke Malaysia sempena menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Istana Negara, ibu negara, semalam.

Baginda juga berkenaan hadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara yang turut dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, komuniti diplomatik asing di negara ini serta pemimpin-pemimpin utama negara.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...