Wednesday , 13 November 2024
Home Nasional Kibar Jalur Gemilang tanda taat setia, dukung semangat merdeka
Nasional

Kibar Jalur Gemilang tanda taat setia, dukung semangat merdeka

Kibar Jalur Gemilang tanda taat setia, dukung semangat merdeka

Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 21 Julai- Semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta disaran mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.

\”Bermula hari ini Komuniti MADANI, setiap jabatan, setiap rakyat, setiap kedai, warung, kaya miskin, kota dan desa, kita hendak memastikan tunjukkan bahawa kamu bersama jiwa merdeka, hebatkan Malaysia.

\”Saya percaya kita bagi mesej yang jelas, apa yang sukarnya, orang dahulu korban segalanya, ibu di kampung keluarkan rantai dan perhiasan mereka jadi tabung untuk perjuangan,\” ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, barisan menteri Kabinet dan Komuniti MADANI.

Pada masa sama, beliau berharap agar pihak swasta dapat bersama-sama dengan kerajaan menjayakan misi mengibar Jalur Gemilang sempena HKHM 2024.

“Kerja mereka meniaga, catat keuntungan. Saya nak beritahu kalau negara tidak aman, negara tidak untung, kalau tiada pengorbanan polis, tentera, pasukan keselamatan di perbatasan, tidak ada pelaburan baharu.

“Jadi tunjukkanlah dukungan kamu termasuk swasta untuk bersama rakyat dan negara, kibarkan Jalur Gemilang… saya harap mesej ini jelas,” kata Anwar.

Bagi tujuan itu, Anwar berkata rakyat perlu sentiasa memupuk perpaduan dan mengekalkan kekuatan yang menjadi tonggak utama kesejahteraan di Malaysia.

“Sebab itu ditekankan dalam tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, kalau jiwa dan semangat tidak digilap, ia akan pudar dan yang menjamin hebat jati diri Malaysia adalah jiwa kita,” katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan supaya tidak ada unsur salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang telah diberikan amanah.

“Sampai sekarang ada, yang diberikan amanah untuk jaga jabatan, jaga kementerian, jaga negara, gunakan untuk memperkayakan diri merekaatau keluarga mereka atau kroni mereka. Apa bezanya dengan penjajah? Mana akhlak Islam, mana kecintaan, kebangsaan negara?,” katanya.

Olehitu, Anwar berkata kerajaan sentiasa menggiatkan usaha menerusi pelbagai program perpaduan serta mengingatkan rakyatyang negara tidak mungkin mencapai kemerdekaan tanpa kekuatan dan perpaduan semua pihak.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos depan akan diadakan di Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Sabah.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...