Home Nasional Asrama lelaki SMK Song 1 terbakar
Nasional

Asrama lelaki SMK Song 1 terbakar

Asrama lelaki SMK Song 1 terbakar

Peratusan kebakaran adalah 60 peratus/ FB SMK SONG

SIBU, 22 Julai- Sebuah asrama lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, di sini, musnah terbakar, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pukul 4.15 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan asrama lelaki dua tingkat jenis kekal yang terbakar di tingkat atas.

“Peratusan kebakaran adalah 60 peratus. Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki dua nozel air dari pam pili bomba dan satu aliran hos salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ketika kejadian terdapat empat warden asrama lelaki dan dua pelajar dalam asrama berkenaan.

Bagaimanapun, katanya mereka berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran itu.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan juga turut meninjau ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan kewangan kepada pelajar yang terkesan.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...