Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Lebuhraya WISE mula dibina tahun ini
Nasional

Lebuhraya WISE mula dibina tahun ini

Lebuhraya WISE mula dibina tahun ini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 22 Julai – Kerajaan Negeri Perak akan memulakan pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometerpada tahun ini selepas proses pemeteraian perjanjian konsesi selesai.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) telah memuktamadkan perbincangan bersama-sama pihak WISE berkenaan tarikh sesuai untuk majlis pemeteraianperjanjian itu.

\”Saya berjumpa dengan Ketua Pengarah UKAS, mereka sedang mencari tarikh yang sesuai untuk majlis menandatangani perjanjian konsesi tersebut. Setelah selesai, WISE akan dibina setelah memuktamadkan CA itu,\” kata Saarani.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin 2024, di sini.

Lebuhraya WISE akan dijadikan laluan alternatif menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar kepada laluan Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan negeri membuat permohonan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk cadangan pembinaan perumahan bagi generasi kedua masyarakat Orang Asli di negeri itu.

Perkara berkenaan telah diusulkan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun pada Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) yang diadakan di Kuala Lumpur minggu lepas.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...