Home Nasional KKM teliti beberapa perkara sebelum RUU perubatan 2024 dilaksana
Nasional

KKM teliti beberapa perkara sebelum RUU perubatan 2024 dilaksana

KKM teliti beberapa perkara sebelum RUU perubatan 2024 dilaksana

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kementerian Kesihatan (KKM) masih perlu membuat penelitian terhadap beberapa perkara berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 sebelum ia dilaksanakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara perkara itu termasuk semakan semula empat kelulusan yang belum dimasukkan dalam Jadual 4 RUU berkenaan.

\”Kami ingin menyelesaikannya perkara ini dan ia akan dibentangkan di Dewan Negara. Isu graduan yang mempunyai empat kelulusan belum dimasukkan dalam Jadual 4 RUU.

\”..perkara itu pun memerlukan tindakan segera dan ia menunggu Dewan Negara,\” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) di Institut Jantung Negara di ibu negara.

Sebelum ini media melaporkan, Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menolak permohonan empat graduan perintis program pembedahan kardiotoraks untuk mendaftar sebagai pakar dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).

Laporan tersebut menyebut, penolakan itu atas dasar majlis berkenaan tidak mengiktiraf Fellowship Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh dalam kelayakan Pembedahan Kardiotorasik.

Sementara itu, Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu lepas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....