Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Perak kemuka cadangan projek rumah baharu Orang Asli
Nasional

Perak kemuka cadangan projek rumah baharu Orang Asli

Perak kemuka cadangan projek rumah baharu Orang Asli

Foto facebook Menteri Besar, Saarani Mohamad

IPOH, 22 Julai– Kerajaan Negeri Perak sudah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan bagi projek pembinaan rumah baharu untuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan itu telah dikemukakan pada Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA), minggu lalu.

Beliau berkata, pembinaan rumah baharu itu, dilihat sebagai keperluan mendesak khususnya bagi generasi kedua masyarakat itu untuk memiliki kediaman yang selesa.

\”Bagaimanapun, (permohonan pembinaan rumah generasi kedua) bergantung kepada peruntukan kewangan (kementerian) juga. Sebelum ini memang ada Projek Bantuan Rumah Orang Asli oleh KKDW diberikan kepada masyarakat Orang Asli iaitunama mereka (Orang Asli) ada dalam senarai e-Kasih.

\”Jadi, kita buat permohonan hari Jumaat lepas, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Exco Kerajaan Negeri Perak) mewakili Kerajaan Negeri dalam Majlis Perundingan Orang Asli JAKOA, kita sebut perkara itu sebab ia keperluan bagi masyarakat Orang Asli untuk mendapat rumah yang selesa\”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin 2024 di Ipoh.

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri Perak menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang kepada pembangunan Orang Asli, Anugerah Batin Aktif, Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dan Anugerah Khas SMK Bawong.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...