Home Nasional Kedatangan pelancong China catat pertumbuhan memberangsangkan
Nasional

Kedatangan pelancong China catat pertumbuhan memberangsangkan

Kedatangan pelancong China catat pertumbuhan memberangsangkan

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeah Soon Hin

PUCHONG, 22 Julai– Kedatangan pelancong dari negara China mencatat pertumbuhan memberangsangkan setakat Januari hingga Mei 2024.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeah Soon Hin berkata, ini membuktikan polisi kemasukan tanpa visa ke Malaysia kepada pelancong China memberi impak yang positif kepada sektor pelancongan negara.

\”Ini menunjukkan satu pertumbuhan yang baik, khususnya untuk pelancong dari negara China. Kita (Malaysia) telah mencatat kedatangan pelancong dari China seramai 1,185,50 orang pelancong China ke Malaysia dari bulan Januari hingga Mei ini.

\”Kalau berbanding dengan tahun 2023, musim yang sama kita telah mencatat pertumbuhan sebanyak 194% pertumbuhan untuk pelancong China datang ke Malaysia\”, katanya pada Majlis Pelancaran Hotel 1001 Nights di Grand lon Majestic (GIM), Genting Highlands, di sini.

Tambahnya, mengikut statistik dari Januari hingga Mei tahun ini, pelancong asing yang datang ke negara ini telah mencatat kadar yang positif iaitu lebih 9 juta pelancong .

Setakat ini, negara telah mencapai 50 peratus dari 27.3 juta pelancong yang disasar tahun ini.

Hotel 1001 Nights akan menyumbang kepada peningkatan reputasi Genting Highlands sebagai destinasi pelancongan yang popular apabila selesai dibina dan dijangka akan dibuka pada awal suku keempat tahun ini.

Related Articles

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan
Nasional

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

FOTO HIASAN / BERNAMALABUAN, 2 Januari- Seramai 1,279 calon menduduki peperiksaan Sijil...

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu
Nasional

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong memberi kata-kata semngat kepada...

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar
Nasional

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz membantu salah seorang calon SPM di Sekolah...

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas
Nasional

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 2 Januari- Seramai 433 penduduk daripada 94 keluarga terjejas...