Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Lebih 500 penduduk kampung di Petra Jaya rai Hari Sarawak
Nasional

Lebih 500 penduduk kampung di Petra Jaya rai Hari Sarawak

Lebih 500 penduduk kampung di Petra Jaya rai Hari Sarawak

Lebih 500 penduduk dari empat buah kampung di kawasan Petra Jaya semangat meraikan Hari Sarawak

KUCHING 22 Julai– Lebih 500 penduduk dari empat buah kampung di kawasan Petra Jaya semangat meraikan Hari Sarawak dengan cara tersendiri, meskipun sambutan Hari Sarawak diadakan di Bintulu tahun ini.

Kampung terlibat ialah Kampung Tupong Batu, Tupong Tengah, Tupong Ulu dan Tupong Jaya.

Seawal pukul 7.00 pagi penduduk berkumpul di tebing sungai, Kampung Tupong Batu untuk menaikkan bendera Ibu Pertiwi, seterusnya bersama- sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku sebagai simbolik merayakan Hari Sarawak.

Dalam kenyataan media hari ini, Penghulu Kampung Tupong Batu, Ramden Putit memberitahu majlis tersebut bagi memperingati pengorbanan kepimpinan terdahulu dan kini dalam membangunkan Sarawak selama 61 tahun sekali gus mencerminkan sokongan mereka kepada pembangunan di Sarawak ke arah negeri maju.

Katanya, majlis seumpamanya antara lain merupakan medium untuk memberi kesedaran terutama kepada generasi muda akan tarikh penting sejarah Sarawak.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah sukan rakyat antaranya tikam selipar dan boling kelapa.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...