Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Bantu pekebun kecil: Insentif, skim sokongan harga disedia
Nasional

Bantu pekebun kecil: Insentif, skim sokongan harga disedia

Bantu pekebun kecil: Insentif, skim sokongan harga disedia

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Penyediaan insentif dan skim sokongan harga antara usaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) membantu pekebun kecil sektor berkenaan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata beberapa langkah turut diambil antaranya penggunaan teknologi melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi perlindungan penyakit dan cuaca ekstrem.

\”Kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan skim sokongan harga untuk membantu pekebun kecil termasuklah bantuan kewangan untuk input pertanian seperti bahan kimia dan baja menerusi program bantuan bagi tanaman koko, lada dan kenaf yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan dibangkitkan Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah di Dewan Negara, di sini.

Tambah Chan, insentif pengeluaran getah turut disediakan sejak 2015 untuk menangani impak ketidaktentuan harga getah ke atas pendapatan pekebun kecil selain memastikan pengeluaran getah tempatan dapat diteruskan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...