Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia selamat tiba di Dhaka
Nasional

Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia selamat tiba di Dhaka

Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia selamat tiba di Dhaka

Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin mengetuai misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh / BERNAMA

DHAKA, 23 Julai- Pesawat AirAsia AK77 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka pada 9.20 pagi waktu tempatan bagi misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh.

Kesemua mereka siap sedia menunggu di lapangan terbang itu bagi menaiki pesawat Airbus A320 itu yang diterbangkan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijadualkan berlepas semula ke Kuala Lumpur 10 pagi waktu tempatan.

Turut hadir menghantar mereka Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Haznah Md Hashim.

Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin yang mengetuai misi itu berkata kebanyakan mereka telah bermalam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini sejak semalam.

Penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) dijangka mengambil masa tiga jam 55 minit dan mendarat kira-kira pukul 4.10-4.20 petang waktu Malaysia.

Ketibaan mereka di KLIA2 dijangka disambut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Semalam Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Misi berkenaan melibatkan 15 pegawai daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.

Malaysia kini menjadi negara kedua selepas India yang melakukan pemindahan warganya berikutan protes itu yang telah meragut lebih 130 nyawa sejak pertengahan Julai.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam dilapor berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk menyediakan bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh, termasuk kaunseling, penginapan dan logistik.- BERNAMA

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...