Thursday , 6 February 2025
Home Nasional PNGK STPM 2023 tertinggi dalam sejarah, meningkat 0.02 mata
Nasional

PNGK STPM 2023 tertinggi dalam sejarah, meningkat 0.02 mata

PNGK STPM 2023 tertinggi dalam sejarah, meningkat 0.02 mata

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman

SELAYANG, 23 Julai – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menunjukkan peningkatan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional kepada 2.84 berbanding 2.82 tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata secara keseluruhan PNGK nasional STPM 2023 meningkat 0.02 mata sekali gus tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

\”Kita boleh simpulkan bahawa prestasi STPM 2023 lebih baik berbanding tahun lepas, ada terdapat peningkatan terutamanya pelajar-pelajar dapat keputusan 5A dan PNGK.

\”Saya yakin kalau pretasi ini berterusan, tahun hadapan,prestasi keputusan STPM lebih baik berbanding tahun ini dan tahun lepas,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2023, di sini.

Dalam pada itu, bilangan pelajar yang mendapat 5A juga bertambah kepada 41 calon berbanding 38 calon pada tahun sebelumnya.

Tambah Dr. Mohd Ekhwan, seramai 1,116 calon atau 2.70 peratus calon mendapat PNGK 4.00.

Bilangan calon yang meraih PNGK 4.00 ini menurun sebanyak 68 calon iaitu daripada 1,184 calon pada 2022 kepada 1,116 calon tahun lalu dengan 803 calon atau 71.95 peratus dari kategori B40.

Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya didapati peratusan longgokan calon STPM 2023 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 10.10 peratus, PNGK 3.00 dan ke atas ialah 44.82 peratus.

PNGK 2.75 dan ke atas ialah 58.79 peratus dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 90.08 peratus turut meningkat berbanding 2022.

Seramai 42,908 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2023.

Daripada jumlah tersebut 41,548 calon hadir menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester SPTM 2023.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...