Monday , 11 November 2024
Home Nasional Pendidikan wajib 11 tahun, cadangan masih diteliti
Nasional

Pendidikan wajib 11 tahun, cadangan masih diteliti

Pendidikan wajib 11 tahun, cadangan masih diteliti

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih meneliti cadangan mewajibkan pendidikan negara selama 11 tahun bermula dari sekolah rendah hingga tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setakat ini, belum ada keputusan muktamad dibuat mengenainya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata ini merupakan satu langkah bagi menangani isu keciciran pembelajaran sehingga menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

\”Cadangan tersebut sedang dalam perbincangan dan sedang diperhalusi oleh pihak KPM dan sekiranya KPM telah membuat satu keputusan muktamad, pihak kami akan membawa pindaan rang undang-undang yang sepatutnya untuk tujuan ini.

\”Namun pada peringkat sekarang, saya hendak menyatakan ia masih dalam satu peringkat untuk pihak KPM mengkaji dan juga membuat keputusan muktamad.

\”Berkenaan keciciran, sememangnya pihak KPM pada masa sekarang khasnya untuk anak- anak kita di luar bandar atau anak-anak Orang Asli, yang mana pihak KPM telah pun memulakan usaha bukan sahaja untuk menumpukan operasi sekolah K9 iaitu anak-anak kita belajar di bawah satu bumbung dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 3.

\”Kita sedang dalam usaha juga untuk memperluaskan sekolah-sekolah K9 ini kepada K11 iatu sampai ke Tingkatan 5\”, katanya dalam sesi Dewan Negara.

Ketika ini, pendidikan wajib hanya enam tahun iaitu sekolah rendah.

Beliau menjawab soalan tambahan, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dalam Dewan Negara hari ini.

Related Articles

PM santuni pelajar di Wisma Seri Mutiara
Nasional

PM santuni pelajar di Wisma Seri Mutiara

Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimKAHERAH, 11 November– Perdana Menteri Datuk Seri...

PM harap Sidang Kemuncak Arab-Islam capai sepakat isu Gaza
Nasional

PM harap Sidang Kemuncak Arab-Islam capai sepakat isu Gaza

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKAHERAH, 11 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 11 November– Status terkini Projek 1BestariNet dan perancangan pembangunan...

PM ucap terima kasih atas tawaran biasiswa Al-Azhar
Nasional

PM ucap terima kasih atas tawaran biasiswa Al-Azhar

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKAHERAH, 11 November- Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir,...