Saturday , 21 September 2024
Home Nasional LGM disaran rangka program konsolidasi, bangunkan ladang getah terbiar
Nasional

LGM disaran rangka program konsolidasi, bangunkan ladang getah terbiar

LGM disaran rangka program konsolidasi, bangunkan ladang getah terbiar

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 420,000 hektar ladang getah terbiar di seluruh negara dengan potensi pengeluaran lebih 550,000 tan metrik.

Dua masalah ladang getah terbiar yang dikenal pasti ialah pekebun kecil tidak mahu menyerahkan kebun dan ladang getah tersebut telah dipenuhi dengan lalang dan belukar.

Johari berkata sekiranya program tersebut berjaya dilaksana, negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada getah import sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

\”Jadi kalau kita boleh mengeluarkan banyak lagi getah sehingga 800,000 atau sejuta tan metrik hasil getah dan kemungkinan besar kita tiada import sebanyak itu kerana jumlah import pada 2023 hampir cecah RM5.7 bilion, pada 2022 sebanyak RM6.5 bilion.

\”Jadi kalau kita dapat keluarkan getah untuk diguna pakai industri yang berkembang maju, maka kita boleh mengurangkan import dan secara tidak langsung pengeluaran duit keluar negara juga berkurangan\”, katanya kepada media selepas melancarkan Hari Teknologi LGM 2024 di ibu negara.

Bertemakan ‘99 Tahun Penyelidikan Getah’, acara itu dianjurkan untuk memperkenal dan mempromosi teknologi dan inovasi terkini industri getah.

Turut hadir, Ketua Pengarah LGM Datuk Dr Zairossani Mohd Nor.

Selain itu, buku berjudul \’Glossary of Classification Rubber and Rubber Products’ hasil kerjasama LGM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut dilancarkan.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...