Home Nasional Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: Bawa agenda pemerkasaan usahawan wanita
Nasional

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: Bawa agenda pemerkasaan usahawan wanita

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: Bawa agenda pemerkasaan usahawan wanita

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Agenda pemerkasaan usahawan wanita akan dibawa ke Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, usaha itu akan memastikan penglibatan aktif usahawan wanita dalam meningkatkan hasil industri dan eksport negara.

\”Salah satu keutamaan economy delivery kita adalah untuk memastikan golongan usahawan wanita juga tidak dipinggirkan dalam ASEAN.

\”Jadi, inisiatif ini konsisten dan malah selari dengan apa yang kita (kementerian) hendak buat sebagai Pengerusi ASEAN\”, katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Program Women In Trade and Industry (WITI).

Program merupakan kerjasama strategik antara MITI dan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia).

Menerusi inisiatif ini, MITI menyediakan latihan dan sokongan kepada golongan wanita yang berminat menceburi bidang perdagangan dan industri.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...