Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Perkukuh sektor pelancongan, program kereta api warisan akan diwujudkan
Nasional

Perkukuh sektor pelancongan, program kereta api warisan akan diwujudkan

Perkukuh sektor pelancongan, program kereta api warisan akan diwujudkan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Satu program kereta api warisan akan diwujudkan bagi memperkukuh sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan berkata idea itu tercetus setelah melihat kejayaan program \’ASEAN Heritage Train\'(ATH).

\”Pihak kami berbincang dengan pihak KTM untuk kita mewujudkan satu jenis program yang sebenarnya meliputi juga sudut pelancongan dan juga sudut kebudayaan.

\”Ini adalah salah satu penanda aras yang cukup baik apabila program ini dapat dilaksanakan.

\”Semestinya ia perlu diperkembangkan lagi kepada negeri-negeri yang lain juga supaya semangat ASEAN itu dapat kita terapkan ke dalam masyarakat kita sendiri,\” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program ATH petang tadi.

Mengulas mengenai program itu, Khairul Firdaus memberitahu, ia merupakan projek kebudayaan transnasional yang melibatkan tiga negara anggota ASEAN melalui Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Lao PDR, Kementerian Kebudayaan Thailand dan MOTAC.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...