Home Nasional Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP – APMM
Nasional

Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP – APMM

Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP – APMM

Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim / BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Julai- Anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bertugas di lapangan akan memakai kamera badan bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata langkah berkenaan adalah satu daripada usaha bagi memastikan penguat kuasa APMM melaksanakan tugas dengan penuh integriti khususnya ketika menjalankan operasi di perairan negara.

Beliau berkata APMM giat melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) selain turut dalam pelaksanaan ke arah pensijilan MS ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

“Sebagai permulaan, (penggunaan kamera badan) digunakan penguat kuasa APMM yang mengiringi wang milik Bank Simpanan Nasional (BSN) ke Pulau Tioman sebelum pelaksanaannya diperluaskan setelah proses perolehan diluluskan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menekankan agar jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan penerapan integriti kepada seluruh warga jabatan masing-masing.

Saiful Lizan memaklumkan APMM telah menggunakan Unit Pengawasan Bergerak (MSU) yang berfungsi sebagai radar bergerak untuk mengesan aktiviti mencurigakan di perairan negara sekali gus menjadi aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) sedia ada.

“APMM turut mengoperasikan sistem Cospas Sarsat sejak 2015 melalui Pusat Kawalan Misi Malaysia (MYMCC) yang mampu menerima isyarat kecemasan dari pelbagai jenis suar,” katanya.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...