Saturday , 21 September 2024
Home Nasional KPM berterusan pastikan kemudahan sekolah dalam keadaan baik
Nasional

KPM berterusan pastikan kemudahan sekolah dalam keadaan baik

KPM berterusan pastikan kemudahan sekolah dalam keadaan baik

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 24 Julai– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bersedia secara berterusan memastikan penyediaan kemudahan sekolah di seluruh negara dalam keadaan baik, mencukupi dan kondusif.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya melaksanakan projek menaik taraf dan pembinaan semula bangunan daif di sekolah-sekolah termasuk di Sarawak.

Berdasarkan data KPM sehingga Jun 2024, terdapat 555 buah sekolah dengan bangunan daif di negeri itu dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 361 buah sekolah berskala 6, manakala 194 buah sekolah lagi dalam skala 7.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan data tersebut bersifat dinamik dan boleh berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kondisi bangunan.

\”Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 391 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah telahpun diluluskan.

\”Status terkini adalah pelaksanaan projek sehingga 12 Julai 2024 iaitu 249 projek pada fasa siap, 49 projek pada fasa bina dan 93 projek pada fasa pra bina.

\”Selain itu, KPM telah mengemukakan permohonan menaik taraf atau pembinaan gantian bangunan daif bagi 19 buah sekolah di Sarawak kepada agensi pusat dalam RMK12 RP5 Tahun 2025\”, katanya dalam sesi Dewan Negara.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...