Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Komitmen kerajaan mampu kekang jenayah siber
Nasional

Komitmen kerajaan mampu kekang jenayah siber

Komitmen kerajaan mampu kekang jenayah siber

Foto Hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Komitmen kerajaan menangani jenayah siber merupakan satu isyarat jelas bagi mengekang jenayah itu daripada terus berleluasa.

Senator, Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam berkata tindakan penguatkuasaan disifatkan satu langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pengguna, terutama di platform media sosial.

\”Terdapat usaha kerajaan untuk beranjak kepada tema-tema tentang keselamatan digital dalam reformasi undang-undang kita. Ini menunjukkan kerajaan komited untuk menangani isu keselamatan digital termasuk buli siber. Banyak perlu dilakukan dalam perkara ini.

\”Masyarakat perlu diberi pendidikan tentang keselamatan siber, mengenali penipuan, menguruskan privasi dan melaporkan aktiviti mencurigakan. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat terhadap penjenayah siber perlu dilaksanakan dengan serta merta,\” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim berkata terdapat mangsa buli siber yang terlalu tertekan sehinggaputus asa untuk hidup.

\”Mereka (mangsa) putus asa untuk hidup kerana terlalu malu kerana tular imej yang tidak benar.

\”Imej disunting oleh penjenayah siber kerana ingin mengugut mangsa membuat pembayaran dan mengambil duit mangsa.

\”Seharusnya, perlu ada satu hukuman melibatkan penjara wajib kepada pembuli siber atau penjenayah siber, bukan hanya didakwa bawah akta yang kecil,\” katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...