Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Syarikat penyedia IT, semua pihak perlu pastikan kelayakan sebelum guna perkhidmatan
Nasional

Syarikat penyedia IT, semua pihak perlu pastikan kelayakan sebelum guna perkhidmatan

Syarikat penyedia IT, semua pihak perlu pastikan kelayakan sebelum guna perkhidmatan

Menteri Digital, Gobind Singh Deo

ISKANDAR PUTERI, 25 Julai – Semua pihak perlu memastikan kesahihan dan kelayakan syarikat penyedia teknologi maklumat (IT) sebelum menggunakan perkhidmatan mereka sekali gus menjamin keselamatan data.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata saranan tersebut dibuat susulan terdapat aktviti penyalahgunaan maklumat dikesan daripada domain yang didirikan beberapa syarikat penyedia IT.

\”Ada pihak yang menghulurkan bantuan menyatakan mereka boleh selesaikan dan sebagainya. Kita kena pastikan bahawa pihak tersebut adalah pihak yang sahih, yang memang pakar di dalam bidang-bidang yang mereka sebut itu. Kalau tidak kita akan buka ruang untuk kadar dimana data kita diberikan dan data itu disalahgunakan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Data Kampus TM dan Nxera di Educity, di sini.

Sebelum ini, lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta dilaporkan terjejas akibat gangguan IT pada 19 Julai lalu.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...