Friday , 20 September 2024
Home Nasional Pameran Raja Kita: 272 koleksi peribadi YDP Agong, Raja Permaisuri Agong dipamer
Nasional

Pameran Raja Kita: 272 koleksi peribadi YDP Agong, Raja Permaisuri Agong dipamer

Pameran Raja Kita: 272 koleksi peribadi YDP Agong, Raja Permaisuri Agong dipamer

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tiga kiri) merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Negara / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Sebanyak 272 koleksi peribadi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bakal dipamerkan pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara, bermula esok.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata pameran khas yang berlangsung sehingga 29 September itu turut mempamerkan koleksi regalia Persekutuan serta koleksi peribadi Seri Paduka Baginda berdua.

Selain itu, ia turut memaparkan koleksi pinjaman dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Muzium Diraja Abu Bakar, Johor.

\”Pameran ini juga diadakan sebagai satu inisiatif untuk mengangkat institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan konsep raja berperlembagaan agar ia terus terpelihara sebagai lambang kedaulatan yang memayungi setiap rakyat negara ini.

\”Ini membolehkan rakyat menghayati institusi Yang di-Pertuan Agong di samping mengenali dengan lebih dekat lagi keperibadian Seri Paduka Baginda sekali gus menyemarakkan lagi slogan ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada\’,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Raja Kita, di Muzium Negara, di sini.

Pameran khas itu dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Pameran Raja Kita di galeri satu dan dua itu merupakan sebahagian daripada acara yang disusun sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung Sabtu lalu.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...