Home Nasional UPSI, Universiti Al-Iraqia jalin kerjasama akademik, penyelidikan
Nasional

UPSI, Universiti Al-Iraqia jalin kerjasama akademik, penyelidikan

UPSI, Universiti Al-Iraqia jalin kerjasama akademik, penyelidikan

Sesi menandatangani LoI diantara pihak UPSI dan University Al-Iraqia/Foto UPSI

TANJUNG MALIM, 25 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani Surat Niat (Lol) bersama Universiti Al-Iraqia hari ini bagi menjalin kerjasama terutama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPSI, Prof Dr. Suriani Abu Bakar berkata hubungan antara UPSI dengan institusi pendidikan terutama dari Iraq adalah sangat bermakna dalam memacu sektor pendidikan bersama.

“Melalui kepakaran dan kekuatan dari kedua-dua pihak, kita berupaya memulakan projek penyelidikan, meningkatkan kualiti pendidikan dan menyumbang kepada kemajuan pengetahuan dan inovasi di negara kita sendiri.

“UPSI komited untuk memupuk perkongsian global dan melibat diri dengan institusi yang dihormati seperti Al-Iraqia University bagi mewujudkan persekitaran akademik yang dinamik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Presiden Hal Ehwal Saintifik, Universiti Al-Iraqia, Prof Dr. Khamis Awad Zidan berkata mereka teruja untuk menjalin kerjasama bersama UPSI.

“Melalui inisiatif penyelidikan bersama, program pertukaran pelajar dan fakulti atau projek akademik kolaboratif akan mengukuhkan dan menyumbang kepada penambahbaikan institusi kami,” katanya.

Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains dan Matematik (FSM) UPSI.

Kunjungan rasmi dari Universiti Al-Iraqia serta Kedutaan Iraq turut menyaksikan sesi perkongsian maklumat bersama FSM dan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK).

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...