Home Nasional Ops Halangan: Enam notis dikeluarkan
Nasional

Ops Halangan: Enam notis dikeluarkan

Ops Halangan: Enam notis dikeluarkan

Foto RTM

GURUN, 26 Julai-Enam Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar JAS Negeri Kedah semalam (Khamis).

Sebanyak 53 buah kenderaan diesel telah diperiksa menerusi Operasi Halangan (Obstacle) PLUS Bersama JAS Kedah.

Operasi turut melibatkan kira-kira 80 anggota PLUS, PDRM, JPJ, AADK dan PUSPAKOM.

Menurut Pengarah JAS Negeri Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab, operasi selama lebih empat jam itu dijalankan di Dataran Rehat & Rawat RNR Gurun Arah Selatan.

Empat pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996 .

Jelasnya JAS sentiasa komited untuk mengawal punca-punca pencemaran udara dari pelbagai aktiviti seterusnya menjamin kualiti udara yang baik.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...