Home Nasional Tiga negeri sumbang 72.1% kepada eksport negara berjumlah RM126 bilion bulan lalu
Nasional

Tiga negeri sumbang 72.1% kepada eksport negara berjumlah RM126 bilion bulan lalu

Tiga negeri sumbang 72.1% kepada eksport negara berjumlah RM126 bilion bulan lalu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 72.1 peratus kepada eksport negara berjumlah RM126 bilion bulan lalu.

Bagi tempoh sama, Pulau Pinang kekal pengeksport utama merangkumi 34.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Peningkatan eksport turut dicatat kebanyakan negeri seperti Terengganu, Perak, Sarawak dan Kedah.

Sebaliknya, nilai eksport menurun di di beberapa negeri termasuk Labuan, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Prestasi eksport bernilai RM126 bilion pada Jun 2024 meningkat sebanyak RM2.1 bilion atau 1.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi import mengikut negeri menyaksikan pertumbuhan 17.8 peratus kepada 16.9 bilion ringgit, berbanding bulan sama tahun lalu.

Selangor mendominasi import menerusi sumbangan 25.5 peratus, diikuti Johor 23.3 peratus dan Pulau Pinang 20.9 peratus.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...