Home Nasional Taktik penipuan guna AI, pendedahan dan kesedaran umum penting
Nasional

Taktik penipuan guna AI, pendedahan dan kesedaran umum penting

Taktik penipuan guna AI, pendedahan dan kesedaran umum penting

Ketua Jabatan, Perhubungan dan Kolaborasi Industri CyberSecurity Malaysia, Azrul Nazim Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pendedahan dan kesedaran umum mengenai taktik pihak tertentu yang berusaha melemahkan sistem penyampaian maklumat adalah amat penting.

Ketua Jabatan, Perhubungan dan Kolaborasi Industri CyberSecurity Malaysia, Azrul Nazim Abdul Aziz berkata ia seiring dengan perkembangan teknologi, seperti kecerdasan buatan (AI) yang berisiko menyebarkan maklumat tidak sahih yang semakin meningkat.

\”Teknologi AI, sekarang ini digunakan secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan teknologi AI untuk mengesahkan sesuatu perkara yang tidak tentu kesahihannya atau membenarkan yang tidak benar,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Azrul turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan hanya mendapatkan informasi sahih melalui pihak berkuasa yang bertanggungjawab memberikan maklumat terkini.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...