Home Nasional Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, mampu jadi agenda utama Ekonomi MADANI
Nasional

Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, mampu jadi agenda utama Ekonomi MADANI

Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, mampu jadi agenda utama Ekonomi MADANI

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Kongres Koperasi Kebangsaan (KKK) 2024 bukan sahaja menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah gerakan koperasi negara tetapi juga boleh diangkat sebagai agenda utama sempena setahun Ekonomi MADANI yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai 2023.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata lapan resolusi yang disediakan adalah hasil daripada 27 sesi libat urus (SLU) bermula Februari hingga Jun 2024 dengan penglibatan lebih 6,000 orang daripada pelbagai latar belakang.

\”Saya berterima kasih kerana semua resolusi yang diangkat dapat perhatian Perdana Menteri memberi perakuan dan telah diluluskan RM6 juta yang paling penting peranan ANGKASA di peringkat antarabangsa, Perdana Menteri memberi peruntukan untuk program ASEAN, ini menunjukkan ANGKASA bukan sahaja peranan penting dalam negara dan juga penting di peringkat antarabangsa,\”katanya.

Beliau berkata demikian usai membentangkan resolusi berkenaan pada Majlis Penutup KKK 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sejak penubuhan ANGKASA tahun 1972 sehingg kini, sebanyak 15,809 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan 7.2 juta orang.

Manakala sehingga 31 Disember 2023, sektor koperasi telah menjana perolehan sebanyak RM64.6 bilion daripada jumlah syer sebanyak RM17.4 bilion dan jumlah aset bernilai RM165.9 bilion.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...